Bagaimana Snek Diantara Waktu Makan Utama Dapat Mempengaruhi Saiz Porsi Hidangan Seterusnya.Ini Nota Untuk Anda!
.
Waktu makan utama yang admin maksudkan disini adalah :
- Sarapan
- Makan tengahari
- Makan malam
.
Walaubagaimanapun, waktu sarapan pagi tidak memerlukan kepada snek ringan sebelumnya kerana ianya adalah merupakan ‘kick start’ permulaan hari.
.
Minum air kosong sebaik sahaja bangun pagi tidak dikira sebagai snek.
.
Antara perkara yang diperlukan semasa sarapan adalah sumber karbohidrat ringkas seperti kurma,buah prune,kismis dan yang sewaktu dengannya bagi mengembalikan paras glikogen didalam badan disamping pengambilan protein dari segelas susu rendah lemak atau susu skim berserta karbohidrat kompleks seperti oat,roti wholemeal dan sebagainya.
.
Ok terbabas pulak,tadi nak cerita pasal snek kan.haha!
.
—-
Kenapa snek diantara waktu makan utama sangat penting kepada anda?
—-
.
Pengambilan snek diantara waktu makan utama dapat menyekat anda daripada mengambil makanan lebih dari keperluan kalori yang diperlukan oleh badan anda.
.
Dengan syarat,snek yang anda ambil adalah terdiri daripada protein,karbohidrat dan healty fat dalam porsi yang kecil,tetapi mengenyangkan.Contoh snek yang disarankan ialah :
- Susu skim dan sebiji epal
- Protein bar (beware ,tengok kandungan sugar berapa gram per serving)
- Whey protein
- Greek yogurt
- Telur rebus
- Almond ( Badam)
- Dan lain-lain
.
—-
Bila waktu yang sesuai untuk pengambilan snek?
—-
.
Sekali lagi saya tekankan,pengambilan snek sebegini adalah diantara waktu makan utama.
.
.
Ini adalah susunan waktu makan yang disarankan adalah begini :
- Sarapan
- Minum pagi - SNEK
- Makan tengahari
- Minum petang - SNEK
- Makan Malam
- Supper - SNEK
.
Diatas admin senaraikan waktu snek yang dicadangkan.Walaubagaimanapun,supper adalah pilihan dan kebiasaannya supper cukup dengan pengambilan segelas susu rendah lemak.
.
—-
Kenapa perlu kerap makan sampai 6 kali?
—-
.
Untuk tingkatkan metabolisma dimana ianya akan menjana pembakaran kalori disamping mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan.
KREDIT: RD LEAN ELITE
Comments
Post a Comment