SENAMAN PUSH-UP
Push up atau tekan tubi adalah satu senaman yang memfokuskan senaman otot di bahagian bahu, dada dan juga perut. Ia memberi tekanan kepada otot-otot di bahagian tersebut. Jadikan push up sebagai senaman rutin anda, jika anda mahukan daya tahan badan yang tinggi. Anda juga perlu memastikan anda melakukan senaman push up yang betul.
.
1.Postur Badan
.
Cara yang betul ialah pastikan kaki, pinggang dan punggung berada dalam keadaan yang selari. Bayangkan badan anda adalah satu garisan lurus dari kepala hingga ke kaki.
.
2.Guna Tapak Tangan
.
Untuk permulaan, gunakan seluruh tapak tangan untuk menampung badan anda ketika push up untuk elakkan kecederaan.
.
3.Elak Wide Push Up
Wide push up biasa dilakukan oleh bodybuilder yang memfokuskan bahagian otot pektoral. Bagi beginner, rapatkan siku ke bahagian otot sayap dahulu
.
4.Rapatkan Kaki
Rapatkan kaki adalah untuk keseimbangan badan yang lebih stabil. Pastikan kaki anda separas dengan bahu jika mahu jarakkan kaki.
.
5.Jangan Lock Siku
Lock siku akan mengakibatkan sakit sendi. Semasa mengangkat badan, biar siku lurus dan tidak bengkok.
.
Semoga tips ini bermanfaat!💪💪
Kredit: RD LEAN ELITE
Comments
Post a Comment