KEPENTINGAN FIBER DALAM SAYURAN DAN BUAHAN
.Fiber merupakan GENTIAN SERABUT yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.
.
PENTING KE?
.
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. (rumah penyakit ialah perut) Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. FIBER MEMBANTU MERANSANG SISTEM PENGHADAMAN DAN MENGELAKKAN SEMBELIT. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.
.
FIBER DAPAT MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN?
.
Fiber berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut dan membuatkan anda berasa kenyang. Hal demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori . Selain daripada itu, TABIAT PEMAKANAN YANG BAIK DAN RAJIN BERSENAM juga membantu dalam pengawalan berat badan.
.
BERAPA BANYAK JUMLAH FIBER NAK AMBIL TIAP HARI?
.
Menurut cadangan pakar pemakanan, jumlah pengambilan fiber yang disyorkan bagi seseorang setiap hari adalah di antara 20-35 gram. Anda dicadangkan untuk menambah kuantiti pengambilan sedikit demi sedikit. Minumlah lebih banyak air apabila kuantiti pengambilan fiber kian menambah . 8 gelas air dicadangkan untuk diminum setiap hari.
KREDIT: RD LEAN ELITE
Comments
Post a Comment