Tidur Yang Cukup Bantu Kawal Nafsu Makan


Tidur Yang Cukup Bantu Kawal Nafsu Makan Anda!

Ini adalah teknik mudah bagaimana cara mengawal nafsu makan anda yang luar biasa melalui manipulasi hormon!
.
Beberapa tahun kebelakangan ini,satu kajian telah dijalankan oleh sekumpulan saintis yang telah berjaya mengenalpasti 'sepasang' hormon yang dapat mengawal tabiat pemakanan yang tidak terkawal.

Sebagai contoh, peningkatan paras hormon Ghrelin adalah petunjuk kepada perut bahawa telah tibanya waktu untuk kita makan,manakala peningkatan paras hormon Leptin menjadi petunjuk kepada perut bahawa kita sudah kenyang.
.
Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis dari German pada tahun 2008 menunjukkan,individu yang tidur lewat malam dalam jangkamasa yang singkat mempunyai paras hormon Ghrelin yang tinggi.
.
Keadaan ini menjurus kepada fakta bahawa kenapa anda kerap sekali membuka peti sejuk dan juga makan makanan ringan tanpa anda sedari bahawa ianya suatu kesalahan yang besar!

Bayangkan rutin harian anda adalah jangkamasa tidur yang pendek,kerap tidur lewat,anda akan kekurangan hormon Leptin dan menambah kepada peningkatan hormon Ghrelin.
.
Jadi elakkan tidur lewat malam dan tidurlah secukupnya ya!




KREDIT: RD LEAN ELITE

Comments