TIPS KURUSKAN BADAN


TIPS MENGURUSKAN BADAN
.
Ramai yang menginginkan badan yang kurus dan sihat tetapi mengambil jalan pintas seperti pengambilan pil kurus yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan individu tersebut. Antara tips menguruskan badan ialah :
.
1. Jogging
Untuk membakar kalori di dalam tubuh anda, sebaiknya ubah tabiat anda untuk menjadi lebih sihat. Antara salah satu rutin ialah jogging. Mulakan dengan jarak yang anda mampu yang mengambil masa sekurang-kurangnya 20-30 minit. Anda juga boleh melakukan sit up, push up, yoga, atau kegiatan olahraga yang lain.
.
2. Senaman Kardio
Senaman kardio atau cardio workout adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang berkali-kali dalam tempoh tertentu, pada intensiti tertentu. Apa sahaja senaman yang akan membuatkan jantung kita berdegup laju daripada biasa dan berpeluh lebih banyak berbanding biasa, dipanggil SENAMAN KARDIO. Contohnya, berbasikal, bermain futsal, berenang, berlari dan bermain tali skipping.
.
3. Kurangkan makan yang berminyak
Anda hendaklah mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak. Makanan yang berminyak mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Anda boleh tukarkan cara memasak makanan yang lebih sihat seperti merebus dan membakar.
.
4. Diet Seimbang
Pengambilan nutrien yang betul amat penting dalam diet yang seimbang. Anda perlu prihatin terhadap jumlah kalori setiap makanan yang anda ambil. Kurangkan pengambilan nasi. Kunyah makanan dengan perlahan sedikit demi sedikit. Anda juga hendaklah melakukan diet mengikut saranan doktor.
.
5. Minuman Detox
Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Dengan berpuasa, badan akan melakukan proses detox semula jadi. Minuman detox menggunakan buah-buahan seperti lemon, kiwi, strawberi dan sebagainya. Pengambilan air detox ini merupakan salah satu cara selamat untuk menguruskan badan.



KREDIT: RD LEAN ELITE

Comments