5 SUMBER PROTEIN SEMULA JADI DALAM MAKANAN SEHARIAN
Antara sumber protein semula jadi ialah :
1. Dada Ayam
Potongan daging ayam seperti bahagian dada mempunyai kadar kolesterol yang rendah. Daging ayam mengandung banyak protein yang kita perlukan. Jumlah kandungan protein yang terdapat pada daging ayam mencapai 18 gram per 100 gram dada ayam. Daging ayam merupakan antara protein yang sering diambil dalam pemakanan seharian oleh masyarakat kita.
2. Telur Ayam
Telur merupakan protein yang berasal daripada haiwan iaitu ayam. Ia mengandungi kadar protein yang tinggi. Setiap biji telur mempunyai 7 gram protein dan 2 gram lemak. Kajian mengatakan bahawa orang yang mengambil telur dan roti bakar untuk sarapan akan berasa kenyang untuk jangka masa yang lama.
3. Ikan
Ikan antara sumber protein yang tinggi zatnya. Terdapat dua jenis ikan iaitu ikan laut seperti ikan kembung dan tongkol, manakala ikan air tawar seperti belut mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ikan salmon juga antara sumber protein yang bagus di mana lemak ikan tersebut mengandungi omega 3 yang baik untuk perkembangan dan fungsi otak yang sihat.
4. Brokoli
Brokoli merupakan antara sayuran hijau yang mengandungi vitamin C dan serat. Brokoli merupakan sumber zat yang sangat berguna untuk pemulihan DNA dalam sel yang digunakan untuk membunuh sel kanser dalam tubuh. Dalam 100 gram brokoli, kita boleh mendapatkan manfaat daripada protein sebanyak 282 g vitamin C sebanyak 30 mg.
5. Bayam
Bayam mengandungi nutrien yang baik bagi tubuh, di dalam 100 gram bayam terdapat karbohidrat sebanyak 36 gram protein, 29 g zat besi sebanyak 271 mg. Terdapat banyak kandungan gizi dalam bayam seperti Vitamin A, Vitamin B1, B2, B3, B6, B9, vitamin C, vitamin E, vitamin K, kalsium, fosfor, magnesium, lemak, kalium, dan zink.
KREDIT : RD LEAN ELITE
Comments
Post a Comment