6 Tips Membesarkan Otot Lengan Dengan Cepat
.
Ramai yang ingin memiliki otot lengan yang besar dan kuat dalam waktu yang singkat. Malah, ada yang menggunakan jalan pintas untuk memilikinya tanpa latihan, seperti mengambil suntikan steroid yang akan memberi kesan buruk terhadap tahap kesihatan seseorang. Untuk membina otot lengan, kita perlu mengamalkan 6 cara senaman yang akan membantu membina otot dengan cepat.Berikut adalah 6 tips untuk membesarkan otot lengan dengan cepat :
.
1. Tekan tubi
.
Tekan tubi membantu seseorang untuk menguatkan otot lengan jika dilakukan secara konsisten. Ia membantu seseorang untuk menghasilkan otot deltoid dan triceps. Senaman ini elok dilakukan pada waktu pagi dan petang ketika perut kosong. Ia juga membantu menghilangkan perut buncit.
.
2. Bermain “dumbbell” secara konsisten
.
Dengan bermain dumbbell, ia membantu seseorang untuk fokus dalam membentuk otot biceps. Ia merupakan latihan utama bagi pembesaran otot lengan. Anda memerlukan 2 buah dumbbell untuk latihan ini. Ambil masa 20 – 30 minit dengan jumlah kiraan yang sama bagi kedua-dua belah tangan. Ini untuk memastikan saiz otot yang sama besar.
.
3. “Pull up bar”
.
Terdapat banyak pull up bar dijual di pasaran dengan harga mampu milik. Anda boleh melakukan senaman ini di dalam rumah. Pasang pull up bar tersebut pada frame pintu. Pastikan kukuh. Anda perlu mengikuti arahan yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kecederaan berlaku.
.
4. Melakukan latihan angkat berat
.
Sesekali, anda boleh pergi ke gim untuk melakukan aktiviti angkat berat. Bermula dengan berat beban yang mampu diangkat oleh individu. Individu boleh menambah berat beban secara berperingkat. Kekalkan prestasi dengan mengangkat beban yang paling berat mengikut kemampuan individu.
.
5. Mengambil protein untuk pembentukan otot
.
Pengambilan protein membantu meningkatkan prestasi semasa workout atau semasa bersukan. Ia memberi kesan yang segera terhadap pengguna. Membantu memulihkan semula otot yang koyak selepas workout. Anda boleh mengambil protein semula jadi seperti ikan, ayam dan daging dengan mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak.
.
6. Rehat yang cukup
.
Rehat yang secukupnya diperlukan untuk pembesaran otot. Tidur selama 8 jam penting bagi memulihkan otot yang cedera semasa workout. Rehat selama 1-2 hari dari workout supaya badan pulih.
KREDIT: RD LEAN ELITE
Comments
Post a Comment