PANDUAN PEMAKANAN BINA BADAN


PANDUAN PEMAKANAN BINA BADAN
.
Jika anda sedang berusaha untuk membina otot, sebenarnya ia adalah lebih daripada sekadar memulakan rutin latihan mengangkat berat. Anda perlu menukar diet pemakanan anda juga. Pemilihan makanan bina badan yang betul secara berkesan akan meningkatkan pembesaran otot anda dan juga mengisi zat badan anda selepas senaman.
.
1. Tingkatkan bahagian hidangan dan kadar pengambilan makanan
.
Orang yang aktif memerlukan lebih banyak kalori berbanding orang yang tidak bersukan. Oleh itu, mereka hendaklah makan dengan kerap bagi menggantikan tenaga yang telah hilang sewaktu melakukan aktiviti bina badan.
.
2. Atur jadual dan waktu makan
.
Anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum melakukan senaman. Ini membantu penghadaman makanan supaya anda lebih bertenaga semasa melakukan aktiviti berat. Pengambilan jumlah makanan yang kecil, seperti pengambilan kuantiti buah-buahan yang sederhana adalah baik selepas latihan bina badan.
.
3. Tambah jumlah karbohidrat dalam diet
.
Anda mungkin pernah mendengar orang yang ambil makanan berkarbohidrat tinggi sebelum dan selepas senaman. Karbohidrat memberi badan anda lebih banyak tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang semasa senaman anda.
.
4. Lebihkan sumber protein
.
Anda perlukan lebih sumber protein tanpa lemak untuk membina otot. Ayam, ikan dan daging adalah pilihan yang terbaik untuk pembina badan. Protein shake juga elok digunakan untuk membina otot.
.
5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
.
Buah-buahan dan sayuran membekalkan tubuh anda dengan vitamin dan nutrien yang mencukupi sesuai semasa anda membuat latihan bina badan yang berat untuk menambahkan pembesaran otot.
.
Tips Tambahan Pemakanan yang Penting untuk Bina Badan!
.
1. Anda perlu minum air dengan jumlah yang banyak semasa dan selepas senaman angkat berat. Dehidrasi atau kekurangan air akan berlaku sekiranya anda kurang minum air dan akan menimbulkan risiko kesihatan yang serius.
.
2. Anda juga boleh mencari dan menggunakan sumber vegetarian untuk keperluan protein pada tubuh anda. Anda boleh menggunakan sumber tumbuh-tumbuhan untuk protein dan juga telur.



KREDIT: RD LEAN ELITE

Comments