Untuk turunkan berat badan secara ideal, anda perlu berlatih sekurang-kurangnya 45-60 minit. Untuk dapatkan hasil yg optimum, sebaiknya anda menggabungkan latihan kardio dengan latihan beban. Sekiranya anda tak mempunyai masa sebanyak itu, jangan pula anda jadikan alasan untuk tidak bersenam ye?
.
Trik mudah untuk kelihatan cergas dan sihat tanpa perlu bersenam sehingga 60 minit. Dengan cara yg sy berikan ini, anda masih boleh membakar kalori yang byk dalam tempoh 30 minit atau kurang.
.
Senari latihan yang mampu membakar sehingga 300 kalori dlm waktu 30 minit atau kurang :-
.
1) Berlari Treadmill
.
Mampu membakar sehingga 270 kalori dlm masa 30 minit. Mulakan dengan berlari dengan kelajuan '5'. Selepas seminit naikkan kepada '6', kemudian '7', '8' dan seterusnya pada kelajuan '9'. Selepas selesai larian selama 2 minit, turun semula ke kelajuan '5'. Mulakan rutin yang sama seperti di awal larian sehingga total 30 minit. Mudah bukan?
.
2) Stepper
.
Mekanisme peralatan ini nampak seperti anda bergerak menaiki tangga, Namun, anda perlu menjaga keseimbangan tubuh anda. Untuk membakar sehingga 300 kalori dlm tempoh 30 minit, anda perlu tetapkan alat ini pada tahap '5'. Kekalkan tahap ini hingga selesai 30 minit. Sekiranya penat boleh kurangkan ke tahap yang lebih rendah.
.
Selamat maju jaya! :)
Yang benar,
Naz dari RD Lean Elite
+6010-340 4103
Comments
Post a Comment