'AKTIVITI RENANG DAN MANFAAT KEPADA BADAN


Adakah anda mengetahui bahawa aktiviti renang memberi kesan yang baik keatas diri anda? Aktiviti renang boleh membuatkan badan anda menjadi lebih cergas dan mempengaruhi emosi serta minda anda kearah yang lebih positif.
.
Sebelum ini terdapat banyak mitos yang tersebar secara meluas yang menyatakan bahawa aktiviti renang adalah tidak memberi kesan apa-apa terhadap penurunan berat badan dan kesihatan. Tanggapan ini amat sekali tidak benar!!
.
Mengapa saya berkata ia adalah tidak benar kerana di sini terdapat beberapa fakta mengenai kelebihan melakukan aktiviti renang keatas diri anda.
.
1.Membantu Jantung
.
Berenang mampu memberikan kardiovaskular yang hebat kepada anda, dengan syarat anda haruslah melakukan aktiviti ini secara konsisten beserta dengan teknik yang baik dan betul.
Aktiviti ini akan membantu jantung anda berdegup dengan lebih tenang dan lasak.
Ini kerana amalan berenang akan memaksa diri anda untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain sewaktu berada di dalam air.
.
Secara tidak langsung ia akan meningkatkan tahap kecergasan anda secara menyeluruh dengan lebih baik kerana jantung anda mampu membekalkan oksigen yang mencukupi ke seluruh anggota badan anda.
.
2.Meningkatkan Fleksibiliti
.
Sebuah kolam renang yang dipanaskan mampu untuk melegakan otot dan meningkatkan fleksibiliti badan anda.
Aktiviti renang membantu anda mengepam keluar segala toksin yang berada didalam badan anda dan mencegah daripada berlakunya kekejangan otot dan kesakitan pada hari berikutnya.
.
3.Memperkuatkan Teras Anda
.
Renang akan membina kekuatan teras anda kerana semasa melakukan aktiviti ini, anda perlu menggunakan semua otot badan secara serentak.
Walaupun 70 peratus usaha perenang datangnya dari bahagian atas badan, kickboard dan latihan fin adalah latihan yang terbaik untuk kaki anda.
.
4.Tahan Lama
.
Dengan teknik yang betul, setiap perenang dapat melatih untuk tempoh yang lebih lama jika hendak dibandingkan dengan tempoh masa sedang berlari, hasilnya lebih banyak kalori dibakar.
.
5.Cross-Training
.
Berenang bukan sahaja meningkatkan kardiovaskular dan kekuatan otot, tetapi ia juga memberi rehat kepada badan anda dari aktiviti-aktiviti lasak seperti bola keranjang, berlari dan angkat berat.
Dengan mewujudkan rutin latihan yang seimbang, atlet dapat mengelak daripada berlakunya sebarang kecederaan dengan membenarkan tempoh rehat badan anda untuk sembuh.
Di dalam masa yang sama, anda tidak melepaskan sesi latihan harian anda.


Yang benar,
Naz dari RD Lean Elite
+6010-340 4103

Comments