Pengambilan karbohidrat akan menyebabkan badan kita menghasilakan insulin. Kadar insulin yang terlalu tinggi akan menghalang pemecahan lemak dlm badan.
.
Sebaliknya, jika pengambilan karbohidrat adalah rendah, simpanan insulin dalam badan juga akan menjadi rendah seterusnya akan meransang hormon glucagon untuk memberi tenaga kepada badan daripada lemak yang disimpan. Lama-kelamaan, berat badan akan berkurang.
.
Jika kita mengalamai berat badan berlebihan dan mengamalkan pengambilan karbohidrat dan kalori yang terhad, badan kita boleh berada pada tahap ketosis.
.
Ketosis adlh proses metabolik biasa yang mana badan terus bekerja. Bila badan tidak ckup karbohidrat daripada mknn utk memberi tenaga, ia akan membakar lemak dan ini adalah sebahagian daripada proses ketosis dimana keton dihasilkan.
.
Namun, sekiranya kita mengurangkan kadar kalori dan karbohidrat, badan kita akan menggunakan proses ketosis utk mendapatkan tenaga dalam masa yang sama sekiranya penghasilan keton pada kadar yg tinggi, ini akan menyebabkan dehidrasi dan perubahan keseimbangan kimia terhadap badan.
.
Apa-apa pun yg paling penting kita harus faham mengapa kita perlu untuk kurangkan pengambilan kalori atau karbohidrat. Bukan menyekat terus pengambilan dari kedua-dua sumber ini kerana badan kita masih memerlukan sebagai sumber tenaga.
Yang benar,
Naz dari RD Lean Elite
+6010-340 4103
Comments
Post a Comment