Tengok pada jenis kecederaan, adakah ianya parah atau sekadar cedera ringan dan sekiranya perlu, dapatkan rawatan dan nasihat dari pegawai perubatan terlebih dahulu.
.
Apa-apa pun, anda selaku pemilik badan diri seharusnya lebih peka dan cakna terhadap kondisi semasa badan.
.
Jangan paksa diri sekiranya masih sakit-sakit otot yang cedera teruk ya.
.
Sekiranya anda masih mahu melakukan latihan bebanan bagi mengekalkan level fitness dari berkurang dalam tempoh yang agak lama anda berhenti akibat kecederaan, cuba lakukan latihan bermula dari beban yang kecil —-> sederhana —-> besar.
.
Dengan memulakan latihan beban yang kecil ke besar, bahagian otot yang cedera itu mampu mem’flush’ atau menghilangkan kesakitan tersebut dengan aliran pergerakan darah yang mana akan mempercepatkan lagi pemulihan otot itu.
.
Jangan lupa dapatkan whey protein selepas workout kerana ianya sangat membantu kepada pemulihan otot anda.
.
Ini adalah kerana whey protein mempunyai nilai biologikal yang sangat tinggi dan kadar penyerapannya kepada sel otot adalah sangat cepat.
Yang benar,
Naz dari RD Lean Elite
+6010-340 4103
Comments
Post a Comment