TIDUR AWAL BANTU ANDA TURUN BERAT BADAN



Sepasang hormon yang menjadi pengukur aras untuk mengawal tabiat pemakanan yang tidak sihat telah dikenalpasti oleh sekumpulan saintis berdasarkan kajian terperinci oleh mereka,iaitu hormon Leptin dan juga Ghrelin.
.
Sebagai contoh, peningkatan paras hormon Ghrelin adalah petunjuk kepada perut bahawa telah tibanya waktu untuk kita makan, manakala peningkatan paras hormon Leptin menjadi petunjuk kepada perut bahawa kita sudah kenyang.
.
Menurut kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis dari German pada tahun 2008 pula menunjukkan,individu yang tidur lewat malam dalam jangkamasa yang singkat mempunyai paras hormon Ghrelin yang tinggi.
.
Keadaan ini menjurus kepada fakta bahawa kenapa anda kerap sekali membuka peti sejuk dan juga makan makanan ringan tanpa anda sedari bahawa ianya suatu kesalahan yang besar!
.
Bayangkan rutin harian anda adalah jangkamasa tidur yang pendek,kerap tidur lewat, anda akan kekurangan hormon Leptin dan menambah kepada peningkatan hormon Ghrelin.
.
Jadi elakkan tidur lewat malam dan dapatkan tidur yang cukup yep!


Yang benar,
Naz dari RD Lean Elite
+6010-340 4103

Comments